Maklumat Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Maklumat Pi1M | 27 November 2014

 

SELAMAT DATANG

 

Mini Pusat Ekonomi Digitial (PEDi) Sedili Besar mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami.Pusat Ekonomi Digitial (PEDi) merupakan sebuah program Pusat yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.

Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2, 36 pusat untuk Fasa Felda dan 110 pusat untuk Fasa 4 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

a) Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

b) Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan

c) Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan

d) Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet

e) Meningkatkan taraf sosio- ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi Malaysia.

 

 

Waktu Operasi :

 

 

 

 

Waktu Operasi

PEDi dibuka setiap hari  kecuali cuti umum

9.00 pagi – 1.00 petang

(Setiap Hari)

9.00 pagi – 12.30 petang (Jumaat)

Beroperasi

1.00 petang – 2.00 petang

12.30 petang – 2.30 petang (Jumaat)

Rehat

2.00 petang – 6.00 petang

( Setiap Hari)

2.30 petang – 6.00 petang (Jumaat)

Beroperasi