Hati-hati Sindiket TAC
Apa itu TAC?
TAC (Kod Pengesahan Transaksi) adalah kod keselamatan untuk membuat transaksi perbankan
atau talian bagi melindungi akaun bank anda daripada diakses pihak ketiga. Kod tersebut akan
dihantar ke nombor pemilik akaun yang didaftarkan.
Orang ramai diingatkan tidak sesekali menyerahkan Kod Pengesahan Transaksi (TAC) kepada
pihak lain sekiranya tidak membuat sebarang transaksi di mana-mana perbankan internet.